Raja Dunia

Mata itu raja yang tamak
Kerana itulah
Manusia berani memberontak
Orang mencuri dan merompak
Pendosa pula terlambak banyak
Kerana neraka itu tak nampak

Mata gelojoh akan keindahan
Rambang kerana pemandangan
Bernikah dengan kecantikan
Bersuamikan ketampanan
Mengutuk jelek keburukan
Meludah cacat kehodohan

Tapi kerna matalah
Madah pujangga berwarna
Panglima tidak tunanetra
Ciptaan tuhan bermakna
Dan puisi ini mampu kau baca.

Renungan: Raznawi

Comments

Post a Comment