Sempena 31 Ogos: Hakikat Merdeka
Dahulu, 'Merdeka' adalah laungan segenap peparu Diiringi tembakan genggaman di laluan bayu Tujuh kali tujuh abjad raungan merayu Kedambaan kehancuran belenggu Ratapan itu menyentak pahit udara Ke setiap penjuru nusantara, samudera dan angkasa. Ketika itu, Perajurit beragan mampu memejamkan mata Setelah mentari fajar hari baru dilihatnya Roh nenek moyang berehat dengan tenang Kerana mimpi ratusan tengkujuh sudah terbentang Yang akan dipegang sekuat-kuat erat Dan t ak akan terlepas walau se-zarat. Zaman cucu, 'Merdeka' adalah banduan di jeriji kamus Dibebaskan pada setiap hujung Ogos Diseksa parah oleh pesta jerayawara Diusir hina pemikiran anak bangsa Dikunyah berjuta mulut pe lupa Kemudian dipenjara semula. Nukilan Raznawi