KuLiah Menjerit

Nota: Tertulis tanpa sengaja sewaktu kuliah panjang dan membosankan.

Rambut basah kerana hujan,
Hamba resah kerana bosan.

Pekak bahasa jiwa tersepit,
tekak dahaga perut menjerit.

Pelajar selaut semua berpena,
Semua kelaut pelajar terlena.

Terkupis amarah dosa tercatit
Telinga berdarah mata terjahit.

Mangga berkarat kunci tersekat,
Otak melarat geliga tersebat.

Melatah pengamat menghiris bunga.
Kuliah berabad terhabis juga.

Cakap berbisa silat tak cekak,
Bangzap gi tanya soalan pulaakkkkkkk

Mata basah muka berkerut,
Dahla weh aku nak kentuttt

Darah pekat kahak liat,
Habislah cepat, aku tak larat.

Kredit: Zink

Comments