Posts

Persinggahan

Persinggahan Sehari yang lalu, kita tinggalkan denai berlecak lubang dangkal diukir merata-rata menakung lopak merah kekeruhan yang bila didaratkan langkah ke depan meninggalkan corak percikan asing Pada sinjang putih yang berabad bersih Denai itu dinaungi hutan legam Dihimpit bilah-bilah rumput yang menikam Lalang bagaikan parang yang menghiris kulit nipis keting-betis sehingga tegal luka duka pedihnya kehabisan air mata Kita masih lagi di denai yang sama Cuma lopak lecaknya sudah tiada Capal tidak lagi mengutip kotoran kerikil kecil Burung dan cengkerik sudah berani bertasbih Pucuk baru dan akar menjalar berantaian Bahu denai bertatahkan bunga-bungaan Membawa senyum ke jenjang kebahagiaan Jalan baru ini, pengakhirannya sejauh mata memandang namun pinggiran indah ini harus kita bingkaikan di gubuk hati ketika melangkah ke depan bersinjang corak percikan

Sempena 31 Ogos: Hakikat Merdeka

Dahulu, 'Merdeka' adalah laungan segenap peparu Diiringi tembakan genggaman di laluan bayu Tujuh kali tujuh abjad raungan merayu Kedambaan kehancuran belenggu Ratapan itu menyentak pahit udara Ke setiap penjuru nusantara, samudera dan angkasa. Ketika itu, Perajurit beragan mampu memejamkan mata Setelah mentari fajar hari baru dilihatnya Roh nenek moyang berehat dengan tenang Kerana mimpi ratusan tengkujuh sudah terbentang Yang akan dipegang sekuat-kuat erat Dan t ak akan terlepas walau se-zarat.  Zaman cucu, 'Merdeka' adalah banduan di jeriji kamus Dibebaskan pada setiap hujung Ogos Diseksa parah oleh pesta jerayawara Diusir hina pemikiran anak bangsa Dikunyah berjuta mulut pe lupa Kemudian dipenjara semula.  Nukilan Raznawi

Raja Dunia

Mata itu raja yang tamak Kerana itulah Manusia berani memberontak Orang mencuri dan merompak Pendosa pula terlambak banyak Kerana neraka itu tak nampak Mata gelojoh akan keindahan Rambang kerana pemandangan Bernikah dengan kecantikan Bersuamikan ketampanan Mengutuk jelek keburukan Meludah cacat kehodohan Tapi kerna matalah Madah pujangga berwarna Panglima tidak tunanetra Ciptaan tuhan bermakna Dan puisi ini mampu kau baca. Renungan: Raznawi

Belajar Sebagai Berlayar

Mengaji itu perbuatan orang terpuji Suka ilmu tidak kira ke mana pergi Makin tahu makin menghina diri Dipandang tinggi sedongak lembah Berjalan tinggi sejejak langkah Belajar umpamanya berlayar Mesti berkiblat bertempat lagi beradat Tak kira oleh bintang atau peta Samada bertunjukkan bulan atau mata Asalkan arahnya ada Tempat tuju juga perlu muktamad Ragu-ragu akan sesat Tak minat maka tak dapat Tenggelam jika terlebih berat Adat budiman rukun orang terpuji Tanyalah kalau tergaru-garu Hormatlah seburuk-buruk guru Resmi padi diamal dan diburu Liang lahad penuh dengan ilmu Belajar sepertinya berlayar Dari perlabuhan ke perlabuhan Sentiasa tunduk menadah tangan Lutut, dahi, jemari dan telapak tangan Selari, setapak, sama tinggi dipimpin iman Tepat pada setiap gendang dan bayang Jangan kucing bila mengemis makan Pak belang bila sudah kenyang Berlayar juga ada tempat asal Darah dan tanah jangan dibuang Ibu bapa saudara mara tersayang Denai dan sung...

Pantun: Penjabat Tangan

Tuaian dikebas sekawan gagak Orang-orang diherdik Pak Pandir Jawatan digalas setanding Tun Perak Jawapan diberi secerdik Pak Pandir Bermasam cuka muka Menghentak tapak kaki Bersalam bawah meja Melantak duit kopi Pisang berangan rambang mata Pisang bukit bahan menjaja Silang lengan belakang kepala Hidang tumit di atas meja Angkat kayu tangan terluka Sudah sapu minyak herba Angkat bahu tangan didepa Sudah tahu berpura-pura Poket orang diseluk-seluk Kain orang dijenguk-jenguk Poket sendiri berkepuk-kepuk Kain sendiri digosok-gosok Catatan: Motif pantun dan konteks tidak bermaksud untuk menghina atau menyakitkan mana mana pihak. Tulisan Cipta:  zink

Nasihat

Buat baik biar menyorok Biar dalam teduhan bayang Dilitupi gelita sang malam Di atas batu yang hitam Buat jahat biar di pasar Biar jelas biar terang Di atas pentas gelanggang Biar dipahat ingatan orang Kalau benar jangan takut Kalau betul pantang kecut Pedoman diri mesti kuat Pegangan tali wajib erat Jika salah kuncilah mulut Jika berdosa hadaplah tukul Tunduk kepala dibaca kanun Tenangkan jiwa bila dihukum cc: Rasywarya

Pena Buruk Abah

Mengapa abah biarkan pena itu patah Olah ayat sajak abah balutkan tidak didedah Hamparan putih awan tinggal kuning benam mentari Dek berzaman menghuni pelusuk almari Renggang sudahkah jiwamu dengan bahasa Olokkah mainan kata bersulamkan bunga Poros tiris, tandus habis kini puisimu Ikal madahnya gugur, jalurnya pula kuyu Mengapa abah biarkan tumpah sang tinta Usai sudahkah kerjamu sebagai pujangga Sedangkan marhaen kini masih dahaga Abah, tuliskanlah jawapannya... Cc: Zink